Thursday 7 March 2013

KHASIAT UBI KAYU


Mampu mengubati pendarahan

Ubi kayu atau nama botaninya Manihot ezculenta crantz merupakan Tumbuhan Tropika dan subtropika yang memang banyak terdapat di bersukacita semua rantau Tropika serata Dunia kerana ia merupakan karbohidrat yang berkos Pamah dan paling mudah untuk diperolehi. Daunnya yang muda (pucuk) amatlah popular sebagai sayuran.


Pokok ubi kayu berasal dari Brazil, Amerika Selatan. Tumbuhan ini seterusnya tersebar ke Asia pada awal abad ke 17 dibawa oleh pedagang Sepanyol dari Mexico ke Filipina. Ubi kayu termasuk dalam keluarga euphorbiaceae. Ðikenali juga sebagai ubi benggala, ubi belanda, cassava (Inggeris), kappa (India), maniok (Sri Lanka), singkong (Indonesia), kamoteng kahoy atau balanghoy (Filipina), mushu (China) dan củ sắn atau khoai mì (Vietnam) merupakan tumbuhan dari jenis pokok renek.

Penanaman

Ubi kayu biasanya ditanam dengan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah. Ubi kayu senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam. Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi. Ubi kayu biasanya dituai antara 9 hingga 12 bulan.


pokok ubi kayu

Batangnya pula berkayu sama ada bercabang atau tidak, kulit batang berwarna coklat atau kelabu serta kasar kerana banyak parut tangkai daun. Kulit batang ubi kayu mengandungi tanin, enzim, peroksidae, glikosida dan kalsium oksalat.

Akar pokok ubi kayu mengembung kerana menyimpan makanan. Ubinya pula berbentuk tirus, silinder, bulat, kecil, sederhana atau sangat besar. Isinya pula berwarna putih. Kuning atau sedikit merah dan menjadi keras apabila tua. Ubi ini terjadi dari bekas pangkal tangkai daun. Ubi kayu mempunyai kandungan kalori, serat diet, manganese, potassium, vitamin B6, vitamin C, protein, lemak, kalsium, fosforus dan zat besi. Memetik mengenai serat diet, ianya berfungsi untuk megurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser usus dan juga membantu mengawal diabetis. Patutlah ubi kayu satu masa dahulu menjadi pengganti nasi kerana ianya penuh dengan serat yang memberi rasa kenyang pada tubuh. Teringat juga masa zaman sekolah rendah dulu, buat gam dari tepung ubi kerana ia mempunyai kandungan kanji. Walau bagaimanapun, akar dan ubinya mengandungi banyak glukosid sianogenik sehingga tahap berbahaya dan di dalam ubi sahaja bervariasi antara sepuluh hingga 490 mg/kg.

Ðaun ubi daripada jenis ringkas dan susunannya berpilin. Tangkai daun panjang, manakala lai daun jenis tidak terbahagi dan banyak jejari yang hampir sehingga ke tengah daun. Tangkai daun berwarna kuning, hijau atau merah. Ðaunnya pula banyak mengandungi protein, banyak karotena dan vitamin C.

Kegunaan sebagai makanan

Ubi kayu sering menjadi makanan pilihan apabila berlaku masalah mendapatkan sumber makanan biasa, seperti ketika musim tengkujuh atau malapetaka awam, atau semasa peperangan seperti semasa Perang Dunia Kedua.


ubi kayu yang dibakar



ubi kayu rebus sedap dimakan bersama kelapa parut

Pada masa biasa, ubi kayu hanya dimakan sekali-sekala atau dijadikan sebagai kuih. Kulit ubi kayu mempunyai asid hydrocyanic (asid hidroklorik dan potasium sianida atau sodium sianida (hydrocyanic). Oleh itu ubi kayu tidak boleh dimakan mentah, tetapi perlu dibuang kulit dan dimasak terlebih dahulu.


bingka ubi / bengkang



tapai ubi

Terdapat pelbagai kegunaan pokok ubi kayu. Ubinya boleh dipanggang, digoreng, dibakar, direbus, diparut sebelum dimasak untuk dijadikan kuih atau dimakan bersama kelapa parut muda, ikan masin atau ikan bakar dan sebagainya. Selain daripada itu, juga boleh dibuat kuih, antaranya kuih puli ubi kayu, kuih ubi kayu, tapai ubi, kerepek ubi dan yang seumpama dengannya. Pucuk ubi dan daun muda boleh dimakan sebagai sayur, dicelur buat ulam dan sebagainya.

Ubi kayu ditanam secara komersial untuk menghasilkan tepung ubi. Tepung ubi kayu juga digunakan dalam industri makanan setelah ia diproses menjadi monosodium glutamat (MSG) terutama di negara Timur Jauh dan Amerika Latin. Untuk menghasilkan satu tan MSG, ia memerlukan lebih kurang 2.4 tan tepung ubi kayu atau tepung kanji.

Khasiat perubatan

Selain dijadikan makanan, pokok ubi kayu juga dikatakan berkhasiat digunakan sebagai ubat. Antara penyakit yang dikatakan mampu diubati dengan pokok ubi kayu adalah reumatik, demam, sakit kepala, diarrea, kecacingan, kabur mata, nafsu makan, luka bernanah dan luka akibat kena panas.

Mengubati reumatik

Untuk mengubati reumatik, ambil lima lembar daun ubi kayu dan kemudian campur dengan satu sudu kapur. Tumbuk halus dan kemudian dijadikan sebagai bedak pada bahagian yang sakit. Selain itu, boleh juga menggunakan sepotong batang ubi kayu dan kemudiannya rebus dengan lima gelas air sehingga mendidih sehingga tinggal empat gelas. Saring air dan kemudian minum sebanyak dua kali sehari pada waktu pagi dan malam.

Mengubati demam

Untuk mengubati demam pula, caranya adalah dengan sepotong batang ubi kayu dan kemudiannya direbus bersama tiga gelas air hingga mendidih. Saring airnya dan minum sebanyak dua kali sehari pada waktu pagi dan malam. Air rebusan daun segar pula dikatakan boleh digunakan sebagai air mandian untuk merawat demam influenza.

Bagi mereka yang mengalami sakit kepala pula, mereka boleh menggunakan daun ubi kayu untuk mengurangkan sakit. Caranya adalah dengan menumbuk halus daun tersebut dan kemudiannya dijadikan sebagai penampal di kepala.

Hilangkan kecacingan dan cirit birit

Untuk mengubati cirit birit pula, daun ubi kayu juga dikatakan berguna. Caranya adalah dengan merebus tujuh lembar daun ubi kayu bersama dengan empat gelas air sehingga mendidih dan tinggal dua gelas. Saring air ini dan minum dua kali sehari pada waktu pagi dan malam.

Kecacingan juga dikatakan boleh diubati dengan menggunakan kulit batang ubi kayu. Caranya adalah dengan merebus kulit batang ubi kayu tersebut dengan 3 gelas air sehingga mendidih dan tinggal segelas. Saring air ini dan minum sebelum tidur pada waktu malam.

Luka yang bernanah boleh diubati dengan menggunakan batang daun ubi kayu yang masih muda. Tumbuk halus dan tampalkan pada luka tersebut. Walaupun ubi kayu dikatakan banyak kegunaannya, disebabkan bahagian ubinya mengandungi bahan beracun (glukosid sianogenik – bahan yang membebaskan sianid) yang perlu dibuang, maka berhati-hatilah memakan atau menggunakannya. Toksin dalam pucuk dan ubi dapat dibuang dengan cara memarut atau memotong ubi kecil-kecil atau meramas daun ubi hingga hancur.


Khasiat Ubi Kayu untuk Luka
Ubi Kayu juga boleh digunakan untuk mengubati luka yang telah memasuki tahap jangkitan. Caranya: Tumbuk batang Ubi Kayu yang masih segar, lalu letak di kawasan yang luka. Boleh juga dibalut lagi dengan pembalut. Untuk luka yang disebabkan oleh benda panas, Ubi Kayu boleh diparut dan diperah. Kemudian sapu di kawasan luka. Lakukan hingga luka kering.

Manfaat Ubi Kayu untuk Sakit Cirit-Birit
Untuk mengubati cirit-birit atau sakit perut, cuba gunakan daun Ubi Kayu.  Caranya dengan merebus tujuh lembar daun Ubi Kayu  dengan 800 ml air, biarkan hingga menyusut 400 ml, ditapis dan diminum.

Khasiat Ubi Kayu untuk Sakit Kepala
Minum ubat sakit kepala terlalu banyak juga tidak baik untuk kesihatan. Oleh kerana itu, sebaiknya cuba cara alami dengan menumbuk daun Ubi Kayu hingga halus, lalu menaruhnya di atas kepala untuk menyembuh.

Manfaat Ubi Kayu untuk Penyakit Gout
Beruntung bagi mereka yang gemar menikmati daun Ubi Kayu, kerana akan terhindar dari penyakit ini. Namun, bagi yang sudah terkena penyakit gout, harus mengambil 200 gram daun Ubi Kayu rebus seperti sayur-sayuran segar.

Khasiat Ubi Kayu untuk Meningkatkan Stamina
Untuk meningkatkan stamina, campurkan 100 gram Ubi Kayu,  5 butir angco (sejenis kurma China), dan air. Untuk mengelakkan rasa pahit, tambah sedikit madu.
Kegunaan lain.

Pokok ubi kayu juga boleh digunakan bagi mengatasi masalah lalang, di mana kawasan yang ditanam ubi kayu akan menutup permukaan tanah dari cahaya matahari, dengan itu menghalang lalang daripada tumbuh kembali.

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan pokok ubi kayu, namun perlulah mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu sebelum menggunakannya, bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

No comments:

Post a Comment