Thursday 7 March 2013

Cara Membuat Kerepek Pisang


Bahan-bahan: Pisang, garam, air, dan minyak untuk menggoreng.

Yang pertama adalah pisang yang boleh digunakan untuk dijadikan kerepek. Gunakan pisang yang tua (belum masak).

Seterusnya kupas kulit pisang di bawah air yang mengalir untuk memudahkan kulit dibuang dan untuk mengelakkan getah pisang melekat di tangan.

Kemudian, pisang direndamkan ke dalam larutan air garam untuk memberikan sedikit rasa masin kepada kerepek. Ini adalah cara yang terbaik untuk mendapatkan rasa kerepek pisang yang tidak begitu masin.


Setelah direndam beberapa minit di dalam air garam, pisang disejat keluar dari larutan air garam dan diparut menjadi hirisan nipis menggunakan alat pemarut. Jika tidak mempunyai alat pemarut bolehlah menggunakan pisau, tetapi pastikan hirisan yang dibuat adalah nipis. Jika tidak, kerepek akan berasa liat dan tidak rangup. Sebaik-baiknya parutkan hirisan pisang terus ke dalam kuali untuk mengelakkan hirisan pisang melekat antara satu sama lain.

Sebelum memasukkan hasil parutan ke dalam kuali, pastikan minyak yang digunakan untuk menggoreng adalah cukup panas. Anggaran pisang yang boleh diparut masuk terus ke dalam kuali semasa menggoreng adalah antara 1-2 biji, bergantung kepada saiz kuali. Ketika menggoreng, kerepek pisang tadi perlulah sentiasa dikacau supaya masak sama rata. Warna kerepek pisang yang sudah masak adalah kuning keemasan.

Kerepek pisang yang telah siap digoreng bolehlah dihidangkan bersama teh sebagai hidangan petang ataupun sebagai makanan ringan ketika menonton televisyen bersama keluarga.

from:http://sab35900.tripod.com/

No comments:

Post a Comment